Laman

Pages

Laman

Sunday, December 30, 2012

Penantian itu meyeksakan

mood malam yang hilang keseriaannya; makin diserikan makin hilang serinya.

hujan rintik-rintik membasahi bumi. ia seperti mengetahui apa yang tersentap di hati ku. apa kan daya ku mengubah takdir yang menentukan dan menulis hidup aku. aku hanya mampu berdoa dan berusaha. namun tak mampu untuk mengubah segenap takdir yang tertulis.

jika benar pepatah mengatakan "bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi", bercinta seorang diri akan memakan diri, kerana hasiknya adalah kecewa. kecewa dan kecewa. untuk kesekian kalinya kecewa melanda diri aku seperti dijatuhi batu dari planet marikh. dihempap dan tak mampu bernafas.

aku mengerti diriku tak sesempurna aron aziz yang kacak, tidak sekaya ac mizal yang mampu membeli bently benilai jutaan ringgit, tidak sealim ustaz azhar idrus yang mampu menarik ramai remaja untuk mendengar ceramahnya, tidak seaktif wan zack haikal yang mampu menjaringkan gol untuk malaysia. namun aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. hati yang ingin disayangi dan dicintai. merasai kebahgiaan hidup, melalui zaman yang digelar remaja dengan penuh rasa seronok. tapi aku tak mampu melalui semua itu.

aku tak pernah menyalahkan sesiapa dengan keadaan ini, aku cuma positifkan fikiran dan minda aku, "ini hanya dugaan sahaja, aku mampu lalui". tapi sampai bila aku mampu sepositif itu? aku tak mampu. lebih lama akau pendam ia semakin memakan diri, semakin merosakkan jiwa aku. semangat yang dulunya setinggi gunung everest sekarang hanya tinggal setinggi pokok taugeh yang tumbuh di dalam bekas berdiameter 3inci.

astagfirullah hal azim, jangan mengeluh. semua ini adalah dugaan. Allah tidak akan menduga hambanya melainkan ia masih di dalam kemampuannya. bermakna aku masih mampu menghadapi semua ini. insyaallah.

[bermula dari saat pertama kali aku bertentang mata dengannya, hati sudah merasakan sesuatu yang lain. kelainan yang membuatkan aku mahu mengenalinya dengan lebih mendalam. mahu mengenalinya dengan lebih rapat. bukan hanya seperti seorang kawan tetapi seperti burung yang terbang bersama ke mana sahaja. aku berusaha ke arah itu. usaha itu berjaya tetapi hanya berjaya berkawan dengannya bukan untuk menawan hatinya. hari semakin hari aku hanya mampu berhubung menggunakan "poke" dan "facebook chat". akhirnya setelah berbulan lamanya aku menguatkan diri untuk mendapatkan phone number dia. tapi itu pun berminggu juga untuk mendapatkannya. akhirnya ada satu panggilan yang tak disangka. itu adalah panggilan istimewa darinya. hatiku bergembira dan keriangan. jadi aku simpan numbernya di dalam phonebook telephone aku.

aku cuba merapatinya namun masih juga tidak berjaya. aku cuma hanya mampu berhubung untuk tidak lebih dari tiga kali di dalam seminggu. aku bertahan. selama berbulan lamanya aku bertahan dengan situasi itu. aku hanya berpeganag pada satu kata-kata "orang yang mudah datang dalam hidup kita mudah juga pergi dari hidup kita" dan memang benar kata-kata itu. jadi aku menjadikan semua ini sebagai pandauan untuk aku terus bertahan. semakin lama semakin jauh perhubungan itu, dari tiga kali seminggu kini telahberubah menjadi sesekali dalam seminggu. semakin lama semakin sibuk hanya tinggal tiga kali dalam sebulan. dan semakin lama semakin tinggal kenangan. aku menunggu balasan dari dia, setiap hari hampir setiap jam. menunggu dan penuh menunggu dengan penuh harapan yang sangat palsu.

beberapa kali aku dikejutkan dengan perkara yang membolehkan aku melupakan dia. melupakan setiap perkara yang berlaku. aku terima segala alasan yang tak mungkin pasti. alasan dengan kesibukan dunia tapi adakah itu pasti? biarlah aku sentiasa positif. aku tak mahu melupakan dia dan aku berharap dia adalah yang terakhir untuk aku. pernah satu gurauan yang membuatkan dia tidak langsung berhubung dengan kau selama sebulan lamanya. gurauan yang sedikit tetapi diambil hati berabad lamanya? aku tetap positif, aku berdoa aku berharap.

akhirnya aku mengalah. aku penat dengan semua ini. aku letih menunggu, menanti tapi tiada jawapan. aku cuma berharapa satu hari nanti ada yang pasti menyedari tentang diri aku. dan aku berharap dia menyesal dengan semua ini. aku menanti penuh harapan dan harapan telah berkecai. aku redha. aku pergi. maka tamatlah penantian aku selama hampir setaun setengah lamanya. dan jawapannya adalah "tidak!". aku pergi dengan kecewa.

penantianku adalah satu penyeksaaan bagi diri aku.

No comments:

Post a Comment